AKTIVITI MURID

Saturday 29 October 2011

Tugasan 4 - Ulasan Jurnal

A Collaborative Learning Experience of Evaluating a Web-Based Learning Tool




Raja Maznah Raja Hussain
Department of Curriculum and Instructional Technology
Faculty of Education
Universiti Malaya, Malaysia








TUGASAN 4 :  Menganalisis jurnal berasaskan kajian dan melaporkan dapatan atrikel  (on-line)

TAJUK  JURNAL
A Collaborative Learning Experience of Evaluating a Web-Based Learning Tool
PENGALAMAN  : BEKERJASAMA MENILAI ALAT PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB


Raja Maznah Raja Hussain
Department of Curriculum and Instructional Technology
Faculty of Education
Universiti Malaya, Malaysia

Abstrak
Laporan kajian ini adalah berkaitan satu pengalaman guru pelatih yang bekerjasama dengan penyelidik dan pengaturcara bagi membangunkan alat yang berasaskan web untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru pelatih dilantik menjalankan penilaian fomatif.  Penilaiaan dan kerjasama mereka ini telah memberi peluang  berguna khususnya dalam menilai kepakaran mereka sendiri dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap.

Pengenalan
Pembelajaran menggunakan kemahiran kognitif diperkenalkan dengan tujuan mengoptimumkan keupayaan pelajar (Naidu & Oliver, 1999).  Guru-guru telah dilatih agar kaedah dan pendekatan seumpama ini dapat dilaksanakan dalam persekitaran Sekolah Bestari.  Artikel ini menerangkan bahawa semua pelajar yang mengambil Ijazah Sarjana Muda Teknologi Pendidikan wajib berkongsi pengalaman dan bekerja bersama pengaturcara dan penyelidik dalam membangunkan alat pembelajaran berasaskan web.  Tujuannya agar guru-guru dapat bekerjasama mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran melaluinya. Kerja berpasukan menggalakkan pelatih bersaing dan memupuk persafahaman dan berkongsi matlamat, menyokong dan menerima risiko, mengubah tingkah laku, berkreativiti dan menggalakkan kritikan dan perbahasan, Weisberg (2000).




Teknologi Dalam Pengajaran
Melalui artikel ini, pengkaji telah membangunkan satu alat berasaskan web secara kolaboratif, dengan menggunakan alat yang berprestasi tinggi.  Hasil kerjasama kumpulan ini, mereka telah berjaya menyumbang ke arah meningkatkan beberapa unsur teknikal dan pedagogi, seperti nilai kerjasama secara berpasukan, reka bentuk skrin, antara muka pengguna dan pelayar. Para pelatih diminta memberi kerjasama untuk menilai alat berasaskan web ini bagi aspek berikut :-
1.         Susun atur                    - unsur multimedia (teks, grafik, imej, warna dan audio)
2.         Mesra pengguna           - navigasi, antara muka pengguna, interaktif
3.         Kandungan                  - pembelajaran secara kolaboratif

Penilaian yang dibuat secara fomatif merangkumi perkara yang yang berkait dengan spesifiaksi unsur-unsur kolaboratif yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.  Pelajar diminta oleh pengkaji supaya membuat persediaan awal dengan melayari beberapa alamat pada World Wide Web (www) bagi  tujuan penilaian.  Mereka diminta melihat struktur, susun atur, interaktif, kesesuaiannya dengan persekitaran, grafik, kandungan dan sebagainya.  Hal ini dikatakan bertujuan untuk mengumpul maklumat sebanyak mana yang mungkin bagi membolehkan mereka memberi pandangan dan pendapat, komen yang membina untuk penambahbaikan semasa alat berasas web ini digunakan.

Saya selaku pengulas jurnal ini merasakan tertarik untuk megetahui dengan lebih mendalam tentang singkatan beberapa laman web yang dicadangkan oleh pengkaji kepada pelajar untuk dilayari sebelum kumpulan itu menjalankan penilaian fomatif.    Mari kita berkongsi maklumat tentang cadangan laman web tersebut dan apakah kaitannya dengan isu yang dibentangkan oleh pengkaji. Laman web tersebut seperti :

1.         WebCT (Web Course Tool) - teknologi instruksional pengajaran dan pembelajaran secara  online. WebCT adalah jaringan internet yang menghubungkan alat-alat komunikasi, termasuk papan buletin, ruang sembang, e-mail pribadi, kalender.   Ciri-ciri ini memberi kemudahan berinteraksi  antara pengajar dan siswa (Morss, 1999).

2.         CoMentor - Perisian yang membolehkan persekitaan pembelajaran diwujudkan untuk semua pengguna dalam www, diakses tanpa perlu  perisian lain.  Pelajar boleh berbincang, berhujah dan bekerjasama dalam kumpulan.


4.         Firstclass Collaborative Classroom
Satu platfom intranet groupware yang berasaskan Server First Class SoftArc di Intranet.  Ia berfungsi secara LAN dan sambungan internet untuk berhubung secara kumpulan bersama pentadbir, guru-guru, pelajar dan ibu bapa menggunakan state-of-the-art groupware. Boleh dikawal jika diperlukan. Jumlah kos untuk menyediakan  FCCC  adalah rendah kerana ia tidak memerlukan sepenuh masa pentadbir IT, menyediakan semua komponen bagi sambungan intranet Web dan sangat berskala. Ia menyokong semua protokol internet yang popular, termasuk nntp, POP3, SMTP, HTTP / HTML dengan CGI, FTP, LDAP dan Jawa.  Webmaster tidak perlu sepenuh masa dan tidak juga perlu perkakasan dan perisian yang kompleks. FCCC memberikan akses kakitangan dan pelajar secara jarak jauh.

Secara keseluruhan, peglibatan guru pelatih bekerjasama dengan pengkaji dan pengaturcara memberi banyak kebaikan untuk pembangunan alat pengajaran berasaskan web.  Mereka diberi peluang untuk menilai dan memberi pandangan serta pendapat bagaimana alat itu dapat diberi penambahbaikan pada masa akan datang.

Galakan dan motivasi yang diberi oleh pengkaji dan pengaturcara kepada guru pelatih untuk melawat laman-laman yang berkait dengan web pembelajaran secara tidak langsung meningkatkan pengetahuan berhubung dengan laman-laman tersebut. Seterusnya mereka  dapat berkongsi ilmu dan info terkini bersama rakan-rakan dan pengkaji yang sudah tentu mempunyai lebih ilmu pengetahun tentang teknologi komunikasi khususnya dalam pendidikan.  Hal demikian sudah tentu akan memberi input yang sangat besar terhadap pembinaan alat pengajaran dan untuk penambahan ilmu dalam bidang IT pada masa akan datang.

Peranan guru pelatih bukan sahaja selesai membuat penilaian fomatif di dalam situasi pengajaran dan pembelajaran sebenar tetapi mereka juga dibenarkan membuat penambahbaikan didalam makmal komputer yang serba lengkap ke atas bahan yang telah dihasilkan kerana mereka turut beri kepercayaan dengan diberi kata laluan untuk memeriksa bahan-bahan berkaitan.

Kebaikan Program Sandaran  
Perkongsian Ilmu
Mereka dapat menilai kualiti pengetahuan dan keupayaan masing-masing  untuk menyelesaikan masalah  dalam situasi sebenar.  Sebagai contoh, mereka dapat menilai kepakaran dalam mengurus projek, reka bentuk pengajaran, prinsip audio visual, grafik dan kemahiran penyelidikan. Secara keseluruahannya mereka  dapat mengintegrasikan semua pengetahuan mereka secara kolaboratif.  Pengalaman itu bakal digunakan apabila mereka menjadi pendidik di sekolah nanti.

Bekerja Dalam Pasukan
Pelatih dapat mengaplikasikan prinsip pembelajaran kolaboratif, melaksanakan tugas secara berpasukan dalam organisasi sekolah atau organisasi lain.  Sikap positif serta  disiplin diri dapat dibentuk dan dilatih.  Bekerja dengan mematuhi disiplin membantu usaha untuk mengubah tingkah laku seterusnya dapat menghasilkan sesuatu yang berkuliti.

Meningkatkan Kreativiti dan Inovasi
Program sandaran mereka bersama pengkaji dan pengaturcara dapat mengembangkan kreativiti dan memikirkan idea-idea inovatif untuk menghasilkan bahan yang lebih berkualiti.

Rumusan
Melalui artikel laporan ini, secara pribadi dapatlah saya rumuskan bahawa program sandaran yang dilakukan oleh guru pelatih dari Fakulti Pendidikan di Univeristi Malaya dipersekitaran sebenar sangatlah memberi faedah kepada semua pihak.  Mereka diberi peluang membuat penambahbaikan setelah mengaplikasikan bahan berasaskan web secara kolaboratif dalam situasi sebenar.  

Mari kita berkongsi ilmu pengetahuan untuk melihat vedio yang berkaitan dengan Pengajaran dan Pembelajaran Kolaboratif. Diharap bahan ini dapat memberi gambaran kepada pembaca dan memberi faedah kepada kita.  

REFERENCES
Naidu, S. & Oliver, M. (1999). Critical incident-based computer supported collaborative learning.
Instructional Science, 27, 329-354.
Roschell, J. (1995). What should collaborative technology be? A perspective from Dewey and
situated learning. http://www-cscl95.indiana.edu/cscl95/outlook/39_roschelle.html.
Weisberg. M. (2000). Computer supported cooperative work (CSCW).
http://tlc.nlm.nih.gov/resources/publications/sourcebook/collaborativework.html



No comments:

Post a Comment