AKTIVITI MURID

Thursday 27 October 2011

Sifu Tiramisu... Puan Zalila

...Walaupun dalam kesibukan dengan program yang telah dirancang, namun guru-guru berasa bertuah kerana dapat berguru dengan Puan Nurzalila, belajar membuat Tiramisu.  Masing-masing mengambil kesempatan melihat sendiri bagaimana makanan ini dibuat dari mula hingga akhir.  Dijangkakan makanan ini akan dinikmati pada hari esoknya.  Selepas beberap jam sahaja ia sudah boleh jadikan hidangan dan dapat makan.  Memang sangat lazat.  Resepi dicatat oleh Pn. Zuraini,  pencatat yang dilantik khas daripada kalangan kami dan disunting semula oleh Cikgu Azmi.  Selamat mencuba...


BAHAN-BAHAN YANG PERLU DISEDIAKAN..

3 Biji Telur
500g Cream Cheese (giant jee...)
Biskut Marrie (PESTA... Giant je tau...)
1 Cawan Gula Caster)
Serbuk Koko Secukup Rasa
Air Kopi (Celup untuk biskut marrie - pekat)


CARA-CARA MEMBUATNYA..

1.  Asingkan putih telur dengan putih telur
2.   Pukul telur putih hingga kemabang dan ringan
3.   Pukul kuning telur dengan gula hingga kembang. kemudian campurkan cream cheese dan pukul lagi hingga kembang.
Campurkan putih telur yang telah dipukul tadi dan sebatikan.
4.   Celup biskut merrie dalam air kopi dan susun di dalam loyang.  Lenyek biskut marrie (untuk bahagian bawah saja). Ini adalah lapisan pertama.
5.   Lapisan kedua adunan barulah diletakkan camburan cheese.
6.   Ulang kembali langkah 4 dan langkah 5 sekali lagi.
7.   Untuk lapisan yang kelima, taburkan serbuk koko dengan menggunakan penapis kopi sehinggan rata.
8.   Simpana di slam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam
9.   Sedia untuk dihidangkan

Selamat Mencuba ...
Resepi disediakan oleh chef Norzalila SKS..


PEMINAT TIRAMISU SKS...
Sifu Tiramisu..Pn. Norzalila




Cikgu Faridah

Cikgu Azlina


No comments:

Post a Comment