AKTIVITI MURID

Wednesday 12 October 2011

KURSUS KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2 (BAHASA MELAYU)

10 Oktober 2011, saya menghadiri kursus KSSR untuk matapelajaran Bahasa Melayu Tahun 2.  Dalam kesibukan guru-guru membuat persiapan untuk membuat ulangkaji bagi mata pelajaran yang diajar...untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun, saya tidak terlepas daripada  perasaan itu.  


Sebelum saya ke PPD Port Dickson, saya sempat singgah di sekolah di mana saya bertugas untuk menghantar beberapa helaian lembaran kerja untuk murid tahun 2 Arif.  Mohon jasa baik guru-guru yang menggantikan masa saya dapat memanjangkan tanggungjawab saya itu kerana saya terpaksa meninggalkan sekolah selama seminggu.  Bagaimana pun saya percaya rakan-rakan guru di sekolah ini sangatlah prihatin kerana selama saya bertugas di sini bermula September 2010 hingga lah kini, saya melihat kerjasama dan rasa kekeluargaan sangatlah erat.  Mereka saling ingat mengingat antara satu dengan yang lain.  Ada pun sedikit percanggahan pendapat, mereka dapat atasi dan selesaikan dengan kata sepakat dan kesudahannya masing-masing bersetuju dengan satu keputusan yang baik dan mampu memberi manfaat kepada semua warganya. Tahniah warga SKS dan tahniah juga buat Guru Besar En.  Mahadi b. Hj. Majid. Terima kasih kepada guru-guru yang telah menggantikan masa mengajar saya sepanjang saya berkursus.

No comments:

Post a Comment