Sunday, 22 January 2012
Kamera Cikgu Jup: Gambar 88: MSKPPM Zon Selatan
Kamera Cikgu Jup: Gambar 88: MSKPPM Zon Selatan: Kuala Penyu vs Beaufort
Friday, 2 December 2011
TUGASAN 1
SOALAN 1
Menganalisis isu semasa dalam pembelajaran berasaskan elektronik dan web.
1.1 Kaedah
Menjalankan tinjauan di sekolah/institusi pendidikan.
a) Mengenalpasti jenis media pengajaran yang kerap digunakan mengikut tahap dan mata pelajaran
b) Mengenalpasti potensi media pengajaran berasaskan elektronik
c) Mengenalpasti halangan penggunaan media pengajaran berasaskan elektronik.
d) Mencadngkan penambahbaikan.
Pengenalan
Komputer adalah alat elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak kelebihan. Ia sesuai untuk dijadikan alat bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia berkemampuan menerima dan memproses data. Komputer juga membantu pengajar mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan jika digunakan dengan sistematik. Pengajaran yang disertakan dengan alat bantu mengajar terkini akan dapat menambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran. Di samping itu, jika komputer dapat digunakan secara sistematik dan berkesan oleh guru, ia mampu menyelesaikan sebarang masalah pengajaran dan pembelajaran. Ini selaras dengan pandangan Heinich (1996) yang menyatakan bahawa komputer dapat memperkayakan teknik pengajaran. Menurut Merrill (1986) pula, komputer adalah mesin memproses maklumat yang perlu diberikan arahan oleh penggunanya. Arahan ini boleh disampaikan menerusi peralatan input seperti papan kekunci, pengimbas (scanner), kad, joystick, tetikus, pad grafik dan unit pemprosesan pusat (CPU).
Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melihat ICT sebagai suatu alat untuk merevolusikan pembelajaran, memperkayakan kurikulum, memperkembangkan pedagogi, menstrukturkan organisasi sekolah dengan lebih berkesan, melahirkan hubungan yang lebih kuat di antara sekolah-sekolah dan masyarakat, dan meningkatkan penguasaan pelajar. Konsep ICT dalam pendidikan dari kaca mata KPM merangkumi 3 polisi utama:
i. ICT untuk semua pelajar, bermaksud bahawa ICT digunakan sebagai sesuatu yang
boleh mengurangkan jurang digital antara sekolah.
ii. Fungsi dan peranan ICT di dalam pendidikan adalah sebagai suatu alat pengajaran dan pembelajaran, sebagai sebahagian daripada subjek tersebut, dan sebagai sesuatu subjek tersendiri.
iii. Menggunakan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sesuatu sistem pengurusan.
Selain daripada bidang pendidikan, perkembangan persekitaran global telah memberi kesan besar kepada usaha membangunkan Malaysia sebagai sebuah ekonomi berasaskan pengetahuan yang berdaya saing. Memandangkan ICT merupakan penentu utama dalam proses pembangunan bagi meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai, usaha akan dipergiat untuk mengarusperdanakan akses kepada perkhidmatan dan kemudahan ICT secara meluas serta menggalakkan penerimaan dan penggunaan ICT secara menyeluruh dalam semua aspek kehidupan.
Kaedah
Analisis isu semasa dalam pembelajaran berasaskan elektronik dan web ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Sunggala, Port Dickson. Sekolah ini merupakan sekolah di mana saya bertugas. Saya menggunakan borang soal selidik SSQS sedia ada yang telah diisi semasa kajian secara on-line dibuat di sekolah yang mana semua borang ini difikirkan relaven digunakan kerana ada di antara item soalan yang disediakan bersesuaian dengan tugasan ini.
Pengumpulan dan penganalisian data
Pengumpulan data - diperolehi daripada hasil pemerhatian dan melalui borang kaji selidik
Penganalisian data - Dalam borang soal selidik,terkandung tema tertentu brkaitan ICT. Saya hanya mengambil item berkaitan persoalan yang akan dibincangkan mengikut tugasan yang diberikan.
Dapatan kajian
- Memberi gambaran tentang penggunaan media pengajaran yang kerap digunakan mengikut tahap dan mata pelajaran
2. Mengenalpasti potensi media pengajaran berasaskan elektronik
3. Mengenalpasti halangan penggunaan media pengajaran berasaskan elektronik.
4. Mencadngkan penambahbaikan.
Tinjauan di sekolah/institusi pendidikan.
Edaran soal selidik hanya kepada murid-murid Tahap 2 secara rawak. Mengikut kehendak Borang soal selidik SSQS, item soalan mengikut pembolehubah murid, guru dan mata pelajaran yang berkaitan. Menggunakan soal selidik yang sedia ada ini, saya hanya memberi fokus kepada tahap penggunaan dan kebolehan murid terhadap media sahaja.
a) Mengenalpasti jenis media pengajaran yang kerap digunakan mengikut tahap dan mata pelajaran
Didapati 93% daripada responden boleh menggunakan komputer dan peralatan yang disediakan di dalam makmal komputer. Jika dilihat kepada kepada kebolehan menggunakan aplikasi, mereka sebanyak 31% tidak tahu menggunakan aplikasi Microsoft Excel. Mereka lebih didedahkan kepada aplikasi powerpoint dan word kerana ia lebih dapat disesuaikan untuk semua mata pelajaran semasa membuat tugasan
Media berunsur laman web yang kerap digunakan ialah portal pendidikan manakala bahan courseware pula seperti perisian kursus (MyCd, CDROM, CDRI) dan lain-lain. Saya akui bahawa di makmal ini terdapat banyak perisian yang telah dibekalkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan sebagai bahan sokongan untuk pengajaran dan pembelajaran. Walaupun PPSMI bakal dimansuhkan tetapi pembangunan menyediakan perisian kursus yang telah dibekalkan masih digunakan oleh guru-guru semasa pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan laman-laman web juga menjadi perhatian guru dan murid. Eduwebtv “Pendidikan Digital Untuk Semua” merupakan portal pendidikan interaktif berasaskan vedio yang boelh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mempunyai 7 saluran iaitu Berita, Akademik, Rencana, Wawancara, TV Pendidikan, Interaktif dan Siaran Langsung. Untuk menggunakan laman ini guru perlu menggunakan kata laluan. http://eduwebtv.com/v2/home/
Selain daripada laman web itu, Portal Pendidikan Online http://www.tutor.ebays.my/ - Skor A juga menjadi pilihan murid. Sekolah SK Sungala telah mendapat sumbangan dari Yayasan Port Dickson untuk mengggunakan portal ini sebagai salah satu daripada media pengajaran dan pembelajaran. Sebanyak 5 kata laluan telah diberikan kepada sekolah secara percuma. Guru yang dipertanggungjawabkan menyusun jadual supaya murid dapat menggunakan laman pembelajaran ini secara bergilir mengikut mata pelajaran dan masa yang telah ditetapkan oleh guru. Apa yang menarik ialah guru dapat memantau tahap penggunaan terhadap setiap pelajar dalam setiap mata pelajaran. Selain itu guru juga dapat melihat tahap pencapaian murid dari semasa ke semasa.
b) Potensi media pengajaran berasaskan elektronik
Proses pengajaran dan pembelajaran telah banyak berubah dan mengalami evolusinya sendiri. Jika dahulunya penggunaan lisan dan tulisan sudah menjadi kebiasaan dalam pengajaran, kini teknologi telah menjadi pemacu dalam penggunaan alatan yang lebih canggih sepertipenggunaan komputer, video, dan pelbagai peralatan lain lagi yang menggabungkan elemen visual, audio dan teks. Penggunaan alat dan bahan bantu mengajar berasaskan multimedia di kalangan guru dan pengajar di Malaysia juga semakin meluas.
Ramai pengajar masa kini juga lebih suka memilih untuk menggunakan kemudahan teknologi berbanding pengajaran secara konvensional. Sebagai contoh dalam bidang teknikal dan vokasional, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi juga kerap digunakan bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran (seperti yang telah kita lihat bersama pada persembahan pertama rakan kita dalam blognya yang lalu). Perisian Multimedia merupakan satu altenatif baru ke arah mempelbagaikan media pengajaran serta memberi pendedahan kepada pelajar tentang kecanggihan sistem multimedia masa kini (Ismail, 2002). Menurut Faizah et.al (2005), elemen-elemen yang terdapat dalam sistem Multimedia dapat menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, berkesan, memberangsangkan serta dapat menyesuaikan dengan keperluan individu pelajar. Di samping menambahkan bahan rujukan bagi pelajar-pelajar, ia juga boleh dijadikan sebagai Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM). Menurut McEwan dan Cairncross (2004), multimedia mempunyai potensi untuk melahirkan sumber pembelajaran yang tinggi kualitinya. Kemampuan elemen-elemen multimedia saling berhubung boleh digunakan untuk menyampaikan maklumat yang diberi dan pengguna boleh belajar melalui saluran media serta boleh menjimatkan masa. Penggunaan koswer dalam sebagai alat dan bahan bantu mengajar akan mempengaruhi kemampuan pelajar menguasai setiap topik dalam subjek.
c) Mengenalpasti halangan penggunaan media pengajaran berasaskan elektronik.
Halangan teknologikal
Halangan ini merujuk kepada halangan mengenai teknologi pembelajaran. Ia merangkumi masalah rangkaian internet yang sangat perlahan, pengaksesan e-pembelajaran dan kos yang tinggi dalam perkakasan, perisian, pembaikian, atau servis komputer.
.
Sekolah ini hanya mempunyai 1 makmal kumputer dan dibekalkan dengan 20 set komputer, 1 server dengan rangkaian internet, 1 pencetak, 1 pengimbas, alat-alat peranti seperti headphone, kamera serta lain-lain sebagai pelengkap bahan media untuk membantu pengajaran dan pembelajaran. Terkini sekolah telah dibekalkan set TV LCD yang canggih untuk kegunaan murid dan guru dalam proses pengajaran pembelajaran. Ia dibekalkan pada tahun 2003, sehingga kini hanya 5 set komputer sahaja yang boleh digunakan.
Ada ketikanya komputer tidak mampu mengakses internet dan masalah capaian yang sangat perlahan. Tidak ada juruteknik yang ditugaskan untuk menjaga kualiti teknologi, kurang bantuan teknikal dari pihak-pihak tertentu. Sepanjang tempoh saya diamanahkan sebagai penyelaras makmal ini bermula September 2010, tidak ada senggaraan peralatan dibuat melainkan ia terpaksa saya lakukan sendiri dengan berbekalkan sedikit pengetahuan mengenai ICT.
Halangan Personaliti
Ia berkaitan dengan sikap murid dan guru terhadap pembelajaran. Gaya pembelajaran adalah dikategorikan di bawah halangan personaliti. Keselesaan murid terhadap teknologi dan menyesuaikan e-pembelajaran sebagai gaya pembelajarannya bergantung kepada pendekatan, kaedah, keselesaan tempat dan peralatan yang disediakan. Guru perlu kreatif untuk memikirkan keselesaan murid supaya pemngajaran dan pembelajaran berasaskan elektronik dan web ini dapat menarik minat mereka.
Halangan Situasi
Halangan situasi adalah dikaitan dengan situasi atau persekitaran seseorang itu berada (Schilke, 2001). Item untuk halangan situasi termasuk “Terlalu sibuk dengan kerja lain, gangguan daripada kerja lain, hal rumah dan tempat belajar, kekurangan masa untuk belajar atas talian dan faktor pengurusan masa.” (Berge, 2001; Garland, 1993; Kramarae, 2001; O’Malley & McCraw, 1999; Schilke, 2001). Pelajar bukan sahaja memerlukan sokongan tetapi juga memerlukan tempat untuk belajar tanpa gangguan. Ini menunjukkan persekitaran untuk pelajar boleh dikira sebagai halangan dalam proses pembelajaran.
Halangan Institusi
Halangan institusi mengambil kira dua aspek iaitu pengajar dan reka bentuk bahan pengajaran bagi e-pembelajaran (Schilke, 2001). Sokongan organisasi dan reka bentuk pengajaran merupakan faktor yang penting dalam e-pembelajaran.
Tidak ada lagi peruntukan kewangan untuk makmal komputer di sekolah merupakan salah satu sebab mengapa penggunaan bahan teknologi kurang mendapat sambutan dari guru-guru. Guru yang proaktif dan sentiasa memikirkan kepentingan murid menikmati peluang teknologi akan berusaha menggunakan komputer riba sendiri. Bahan media pengajaran dibina sendiri dan mereka dilihat menggunakan ruang makmal yang selesa walaupun peralatan yang dibekalkan kurang berfungsi atau tidak dapat berfungsi dengan baik. Sekiranya kecekapan diri pengguna terhadap e-pembelajaran adalah tinggi maka halangan-halangan yang akan dihadapi dalam penggunaan e-pembelajaran dapat dikurangkan.
d) Cadngan penambahbaikan.
Penggunaan Makmal komputer
Semua guru wajar membawa murid ke makmal komputer mengikut jadual yang telah ditetapkan. Persediaan awal mesti dibuat sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran supaya masa dapat digunakan dengan maksima tanpa melibatkan aktiviti “setting” seperti mencari bahan sama ada bahan perisian mahupun bahan dari laman-laman web tertentu.
Penggunaan Wi-fi
Capaian wifi diperluaskan kepada suasana persekitaran pembelajaran pebelajaran di sekolah. Buat masa ini capaian Wifi hanya dapat diakses di bilik guru, pejabat dan perpustakaan sahaja.
Komputer dilengkapi dengan perisian(software)
Komputer yang bakal dibekalkan dilengkapkan dengan subjek-subjek yang terdapat dalam pakej pembelajaran. Hal ini sebagai perisian ini sebagai rujukan tambahan bagi pembelajaran murid.
Komputer-komputer mengikut mengikut keperluan semasa
Komputer yang lama dan tidak serasi lagi dengan perisian baru dan terkini perlu ditukar atau pertingkatkan sistem operasinya /‘upgrade’. Selain itu jumlah set komputer perlu ditambah untuk kemudahan dan keselesaan murid.
Kemudahan Peranti
Kelengkapan seperti pencetak dan pengimbas harus disediakan bertujuan memudahkan pencetakan hasil kerja murid. Hal ini hasil kerja murid dapat dikumpul dari semasa ke semasa sebagai salah satu daripada motivasi dan daya penarik untuk murid mengunakkan kemudahan bahan elektronik, web dan sebagainya di makmal ini.
Rumusan
Kekangan yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan pengajaran berbantukan bahan pengajaran berasaskan teknologi komputer sering dijadikan tajuk utama dalam pendidikan. Teknologi sentiasa berubah, oleh yang demikian para pendidik harus bersedia menyahut cabaran global dan memerlukan kesediaan untuk membuat persediaan pengajaran, dan sebagainya boleh memberi kesan terhadap pengajaran. Dalam hal ini, perancangan dan persediaan pihak pengurusan sekolah dalam menyediakan guru-guru harus ada agar mereka benar-benar menguasai kemahiran tersebut perlu dilakukan secara profesional.
Masalah dalam penggunaan komputer perlu dihadapi dengan memberikan penekanan kepada penggunaan ICT dalam pengajaran sebagaimana yang ditekankan oleh Kementerian Pelajaran. Sukatan pelajaran perlu dirujuk untuk melihat keperluan menggunakan komputer dalam pengajaran. Aspek pengajaran perlu diberikan perhatian dengan menekankan penguasaan komputer dalam pengajaran dan pebelajaran menggunakan bahan berasaskan letronik dan web untuk meningkatkan lagi keupayaan pelajar dalam menguasai pembelajaran dengan lebih baik. Oleh itu, aspek penyediaan bahan pembelajaran interaktif, penyediaan bahan menggunakan kemahiran ICT dan penggunaan internet dalam pengajaran serta penyediaan teknologi yang sesuai dengan keperluan semasa perlu diberikan perhatian. Segala permasalahan dan keluhan guru-guru harus diambil kira dan dipertimbangkan dalam usaha menyelesaikan masalah dan juga untuk tujuan mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
Saturday, 29 October 2011
Tugasan 4 - Ulasan Jurnal
A Collaborative Learning Experience of Evaluating a Web-Based Learning Tool
Raja Maznah Raja Hussain
Department of Curriculum and Instructional Technology
Faculty of Education
Universiti Malaya, Malaysia
TUGASAN 4 : Menganalisis jurnal berasaskan kajian dan melaporkan dapatan atrikel (on-line)
TAJUK JURNAL
A Collaborative Learning Experience of Evaluating a Web-Based Learning Tool
PENGALAMAN : BEKERJASAMA MENILAI ALAT PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB
Raja Maznah Raja Hussain
Department of Curriculum and Instructional Technology
Faculty of Education
Universiti Malaya, Malaysia
Abstrak
Laporan kajian ini adalah berkaitan satu pengalaman guru pelatih yang bekerjasama dengan penyelidik dan pengaturcara bagi membangunkan alat yang berasaskan web untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru pelatih dilantik menjalankan penilaian fomatif. Penilaiaan dan kerjasama mereka ini telah memberi peluang berguna khususnya dalam menilai kepakaran mereka sendiri dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap.
Pengenalan
Pembelajaran menggunakan kemahiran kognitif diperkenalkan dengan tujuan mengoptimumkan keupayaan pelajar (Naidu & Oliver, 1999). Guru-guru telah dilatih agar kaedah dan pendekatan seumpama ini dapat dilaksanakan dalam persekitaran Sekolah Bestari. Artikel ini menerangkan bahawa semua pelajar yang mengambil Ijazah Sarjana Muda Teknologi Pendidikan wajib berkongsi pengalaman dan bekerja bersama pengaturcara dan penyelidik dalam membangunkan alat pembelajaran berasaskan web. Tujuannya agar guru-guru dapat bekerjasama mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran melaluinya. Kerja berpasukan menggalakkan pelatih bersaing dan memupuk persafahaman dan berkongsi matlamat, menyokong dan menerima risiko, mengubah tingkah laku, berkreativiti dan menggalakkan kritikan dan perbahasan, Weisberg (2000).
Teknologi Dalam Pengajaran
Melalui artikel ini, pengkaji telah membangunkan satu alat berasaskan web secara kolaboratif, dengan menggunakan alat yang berprestasi tinggi. Hasil kerjasama kumpulan ini, mereka telah berjaya menyumbang ke arah meningkatkan beberapa unsur teknikal dan pedagogi, seperti nilai kerjasama secara berpasukan, reka bentuk skrin, antara muka pengguna dan pelayar. Para pelatih diminta memberi kerjasama untuk menilai alat berasaskan web ini bagi aspek berikut :-
1. Susun atur - unsur multimedia (teks, grafik, imej, warna dan audio)
2. Mesra pengguna - navigasi, antara muka pengguna, interaktif
3. Kandungan - pembelajaran secara kolaboratif
Penilaian yang dibuat secara fomatif merangkumi perkara yang yang berkait dengan spesifiaksi unsur-unsur kolaboratif yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Pelajar diminta oleh pengkaji supaya membuat persediaan awal dengan melayari beberapa alamat pada World Wide Web (www) bagi tujuan penilaian. Mereka diminta melihat struktur, susun atur, interaktif, kesesuaiannya dengan persekitaran, grafik, kandungan dan sebagainya. Hal ini dikatakan bertujuan untuk mengumpul maklumat sebanyak mana yang mungkin bagi membolehkan mereka memberi pandangan dan pendapat, komen yang membina untuk penambahbaikan semasa alat berasas web ini digunakan.
Saya selaku pengulas jurnal ini merasakan tertarik untuk megetahui dengan lebih mendalam tentang singkatan beberapa laman web yang dicadangkan oleh pengkaji kepada pelajar untuk dilayari sebelum kumpulan itu menjalankan penilaian fomatif. Mari kita berkongsi maklumat tentang cadangan laman web tersebut dan apakah kaitannya dengan isu yang dibentangkan oleh pengkaji. Laman web tersebut seperti :
1. WebCT (Web Course Tool) - teknologi instruksional pengajaran dan pembelajaran secara online. WebCT adalah jaringan internet yang menghubungkan alat-alat komunikasi, termasuk papan buletin, ruang sembang, e-mail pribadi, kalender. Ciri-ciri ini memberi kemudahan berinteraksi antara pengajar dan siswa (Morss, 1999).
2. CoMentor - Perisian yang membolehkan persekitaan pembelajaran diwujudkan untuk semua pengguna dalam www, diakses tanpa perlu perisian lain. Pelajar boleh berbincang, berhujah dan bekerjasama dalam kumpulan.
4. Firstclass Collaborative Classroom
Satu platfom intranet groupware yang berasaskan Server First Class SoftArc di Intranet. Ia berfungsi secara LAN dan sambungan internet untuk berhubung secara kumpulan bersama pentadbir, guru-guru, pelajar dan ibu bapa menggunakan state-of-the-art groupware. Boleh dikawal jika diperlukan. Jumlah kos untuk menyediakan FCCC adalah rendah kerana ia tidak memerlukan sepenuh masa pentadbir IT, menyediakan semua komponen bagi sambungan intranet Web dan sangat berskala. Ia menyokong semua protokol internet yang popular, termasuk nntp, POP3, SMTP, HTTP / HTML dengan CGI, FTP, LDAP dan Jawa. Webmaster tidak perlu sepenuh masa dan tidak juga perlu perkakasan dan perisian yang kompleks. FCCC memberikan akses kakitangan dan pelajar secara jarak jauh.
Secara keseluruhan, peglibatan guru pelatih bekerjasama dengan pengkaji dan pengaturcara memberi banyak kebaikan untuk pembangunan alat pengajaran berasaskan web. Mereka diberi peluang untuk menilai dan memberi pandangan serta pendapat bagaimana alat itu dapat diberi penambahbaikan pada masa akan datang.
Galakan dan motivasi yang diberi oleh pengkaji dan pengaturcara kepada guru pelatih untuk melawat laman-laman yang berkait dengan web pembelajaran secara tidak langsung meningkatkan pengetahuan berhubung dengan laman-laman tersebut. Seterusnya mereka dapat berkongsi ilmu dan info terkini bersama rakan-rakan dan pengkaji yang sudah tentu mempunyai lebih ilmu pengetahun tentang teknologi komunikasi khususnya dalam pendidikan. Hal demikian sudah tentu akan memberi input yang sangat besar terhadap pembinaan alat pengajaran dan untuk penambahan ilmu dalam bidang IT pada masa akan datang.
Peranan guru pelatih bukan sahaja selesai membuat penilaian fomatif di dalam situasi pengajaran dan pembelajaran sebenar tetapi mereka juga dibenarkan membuat penambahbaikan didalam makmal komputer yang serba lengkap ke atas bahan yang telah dihasilkan kerana mereka turut beri kepercayaan dengan diberi kata laluan untuk memeriksa bahan-bahan berkaitan.
Kebaikan Program Sandaran
Perkongsian Ilmu
Mereka dapat menilai kualiti pengetahuan dan keupayaan masing-masing untuk menyelesaikan masalah dalam situasi sebenar. Sebagai contoh, mereka dapat menilai kepakaran dalam mengurus projek, reka bentuk pengajaran, prinsip audio visual, grafik dan kemahiran penyelidikan. Secara keseluruahannya mereka dapat mengintegrasikan semua pengetahuan mereka secara kolaboratif. Pengalaman itu bakal digunakan apabila mereka menjadi pendidik di sekolah nanti.
Bekerja Dalam Pasukan
Pelatih dapat mengaplikasikan prinsip pembelajaran kolaboratif, melaksanakan tugas secara berpasukan dalam organisasi sekolah atau organisasi lain. Sikap positif serta disiplin diri dapat dibentuk dan dilatih. Bekerja dengan mematuhi disiplin membantu usaha untuk mengubah tingkah laku seterusnya dapat menghasilkan sesuatu yang berkuliti.
Meningkatkan Kreativiti dan Inovasi
Program sandaran mereka bersama pengkaji dan pengaturcara dapat mengembangkan kreativiti dan memikirkan idea-idea inovatif untuk menghasilkan bahan yang lebih berkualiti.
Rumusan
Melalui artikel laporan ini, secara pribadi dapatlah saya rumuskan bahawa program sandaran yang dilakukan oleh guru pelatih dari Fakulti Pendidikan di Univeristi Malaya dipersekitaran sebenar sangatlah memberi faedah kepada semua pihak. Mereka diberi peluang membuat penambahbaikan setelah mengaplikasikan bahan berasaskan web secara kolaboratif dalam situasi sebenar.
Mari kita berkongsi ilmu pengetahuan untuk melihat vedio yang berkaitan dengan Pengajaran dan Pembelajaran Kolaboratif. Diharap bahan ini dapat memberi gambaran kepada pembaca dan memberi faedah kepada kita.
REFERENCES
Naidu, S. & Oliver, M. (1999). Critical incident-based computer supported collaborative learning.
Instructional Science, 27, 329-354.
Roschell, J. (1995). What should collaborative technology be? A perspective from Dewey and
situated learning. http://www-cscl95.indiana.edu/cscl95/outlook/39_roschelle.html.
Weisberg. M. (2000). Computer supported cooperative work (CSCW).
http://tlc.nlm.nih.gov/resources/publications/sourcebook/collaborativework.html
Thursday, 27 October 2011
Sifu Tiramisu... Puan Zalila
...Walaupun dalam kesibukan dengan program yang telah dirancang, namun guru-guru berasa bertuah kerana dapat berguru dengan Puan Nurzalila, belajar membuat Tiramisu. Masing-masing mengambil kesempatan melihat sendiri bagaimana makanan ini dibuat dari mula hingga akhir. Dijangkakan makanan ini akan dinikmati pada hari esoknya. Selepas beberap jam sahaja ia sudah boleh jadikan hidangan dan dapat makan. Memang sangat lazat. Resepi dicatat oleh Pn. Zuraini, pencatat yang dilantik khas daripada kalangan kami dan disunting semula oleh Cikgu Azmi. Selamat mencuba...
BAHAN-BAHAN YANG PERLU DISEDIAKAN..
3 Biji Telur
500g Cream Cheese (giant jee...)
Biskut Marrie (PESTA... Giant je tau...)
1 Cawan Gula Caster)
Serbuk Koko Secukup Rasa
Air Kopi (Celup untuk biskut marrie - pekat)
3 Biji Telur
500g Cream Cheese (giant jee...)
Biskut Marrie (PESTA... Giant je tau...)
1 Cawan Gula Caster)
Serbuk Koko Secukup Rasa
Air Kopi (Celup untuk biskut marrie - pekat)
CARA-CARA MEMBUATNYA..
1. Asingkan putih telur dengan putih telur
2. Pukul telur putih hingga kemabang dan ringan
3. Pukul kuning telur dengan gula hingga kembang. kemudian campurkan cream cheese dan pukul lagi hingga kembang.
Campurkan putih telur yang telah dipukul tadi dan sebatikan.
4. Celup biskut merrie dalam air kopi dan susun di dalam loyang. Lenyek biskut marrie (untuk bahagian bawah saja). Ini adalah lapisan pertama.
5. Lapisan kedua adunan barulah diletakkan camburan cheese.
6. Ulang kembali langkah 4 dan langkah 5 sekali lagi.
7. Untuk lapisan yang kelima, taburkan serbuk koko dengan menggunakan penapis kopi sehinggan rata.
8. Simpana di slam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam
9. Sedia untuk dihidangkan
Selamat Mencuba ...
Resepi disediakan oleh chef Norzalila SKS..
1. Asingkan putih telur dengan putih telur
2. Pukul telur putih hingga kemabang dan ringan
3. Pukul kuning telur dengan gula hingga kembang. kemudian campurkan cream cheese dan pukul lagi hingga kembang.
Campurkan putih telur yang telah dipukul tadi dan sebatikan.
4. Celup biskut merrie dalam air kopi dan susun di dalam loyang. Lenyek biskut marrie (untuk bahagian bawah saja). Ini adalah lapisan pertama.
5. Lapisan kedua adunan barulah diletakkan camburan cheese.
6. Ulang kembali langkah 4 dan langkah 5 sekali lagi.
7. Untuk lapisan yang kelima, taburkan serbuk koko dengan menggunakan penapis kopi sehinggan rata.
8. Simpana di slam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam
9. Sedia untuk dihidangkan
Selamat Mencuba ...
Resepi disediakan oleh chef Norzalila SKS..
PEMINAT TIRAMISU SKS...
Sifu Tiramisu..Pn. Norzalila |
Cikgu Faridah |
Cikgu Azlina |
Kem Bestari Solat SKS
SK Sungala,- 27 Oktober 2011 - Berlangsung Program Kem Bestari Solat. Murid-murid menonton tayangan video Amali Solat di Makmal Komputer dan mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz .. diikuti dengan latiahan amali/praktikal solat. Semua guru terlibat dengan program ini
Menonton video Latihan Solat |
Aktiviti melukis |
Cikgu Rohani... |
Cikgu Anis |
Subscribe to:
Posts (Atom)